Friday, December 26, 2008

Handy Nak Jual..cepat cepat..masih panas

Semua baru..dalam kotak lagi..

Ini Icom IC-9000, handy,charger,clip,antenna high gain lagi..ada radio..dan dual monitoring lagi...Rega RM390 sahaja

Manual Motorola

Manual Icom..alamak bahasai Thai..tapi senang ajer ni..

Ni Motorola siam tuh...Rega RM340 sahaja

Hmm..lama tak menulis. Petang semalam seorang rakan swl meminta aku order sebiji handy dari siam. So disebabkan takkan nak order satu ajer maka aku pun order lebih sikit. So now aku ada 2 set Icom IC-9000 dan 1 set Motorola MT-777. Kedua-duanya adalah siam mari. Berminat boleh dapatkannya dariku. Sapa cepat dia dapat..he he. Rega cuma RM340 untuk Motorola dan RM390 untuk Icom.

Monday, December 22, 2008

Berita Ekslusif - 9M2AU meninggalkan MARES

19 December 2008 lebih kurang jam 9.00 malam bertempat di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya lebih kurang 25 orang ahli-ahli MARES menghadiri majlis perpisahan 9M2AU atau Pak Aziz yang akan meninggalkan MARES.
Pak Aziz, atau kadangkala lebih mesra dengan ziz..akan meninggalkan MARES, iaitu sebuah Kelab Radio Amatur yang sedang mencipta nama dan semakin dikenali di negara ini. Beliau adalah orang yang menubuhkan MARES dan membawanya sehingga ke tahap yang begitu membanggakan di masa ini.
MARES baru sahaja menyelesaikan misi membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa. MARES telah terlibat secara langsung dengan pihak PBSM dalam operasi ini.
Pak Aziz telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua ahli-ahli MARES dan terutamanya 9W2NIK(iaitu timbalan presiden) yang akan dibantu oleh lain-lain AJK termasuk Director of Disaster yang baru iaitu Dr Kamil.
Pak Aziz akan dijangka meninggalkan MARES bermula 23 December 2008. Beliau akan ke luar negara atas urusan kerja selama beberapa tahun dan terpaksa meninggalkan MARES sementara. Selamat berjaya kepada beliau dan kami disini menunggu kepulangannya dengan penuh harapan.

Sebahagian ahli dan AJK yang hadir pada malam berkenaan

Friday, December 19, 2008

(DPCH ver 1.0) Hombrew by 9W2TWH

Baru-baru ni semasa RAE aku sempat melihat satu hombrew yang dibuat oleh 9W2TWH, pak saidin dari Kg Kerayong. Beliau ni memang terkenal dilokalan Kg Kerayong sebagai seorang radio ham yang rajin buat kajian R&D radio ni. So aku sempat melihat ciptaan beliau yang diguna pakai oleh 9W2SZA iaitu Direct Power Cable for Handy. Aku boleh ringkaskannya sebagai DPCH..So amat berguna homebrew ini terutama bagi pengguna handy yang sentiasa kehabisan bateri. Jadi power handy akan terus disalurkan kepada handy dari bateri kereta anda. So tak perlu risau lagi akan kehabisan bateri atau kehabisan susu hik..hik..hik.

Inilah DPCH Ver 1.0

DPCH pandangan sisi...

DPCH dipasang begitu ngam sekali dengan handy bagi menggantikan bateri handy

DPCH yang ditanggalkan dari Handy


Tahniah 9W2TWH..cantik sekali..order satu...........

Wednesday, December 17, 2008

Exam..Matrade..Semangat

Semangat yang tidak pernah luntur malahan berkobar-berkobar telah menjemput lebih kurang 600 calon 9W2 menduduki peperiksaan di Bangunan Matrade pada hari ini (Rabu bersamaan 17 Disember 2008).
Merujuk kepada kedudukan calon-calon seperti yang dipaparkan aku yakin lebih kurang 600 calon menduduki peperiksaan RAE di wilayah tengah pada kali ini.
Tahniah juga kepada rakan-rakan dari Temerloh yang telah datang dengan sebuah bas..cukup bersemangat bagi merancakkan audio dunia amatur ini.

Begitu bersemangat sekali saudara SWL MFA (OKU) menuju ke dewan peperiksaan..semoga berjaya..

Para penyokong yang dah ada 9W2 menjamu selera sementara menunggu rakan-rakan memerah otak..

Car Boot sale pulak nampaknya..mari mari beli baju..murah murah...

9W2FRD, firdaus yang cukup glamor ni pun datang dari jauh memberikan sokongan..

Dah selesai..calon-calon kelihatan cukup gembira selepas keluar dewan..harap-harap lulus ye!!

Posing sakan lah pulak!!!

Inilah bangunan MATRADE..cukup tinggi( hmm..kalau letak repeater kan bagus..)

Para-para 9W2 sedang berbincang bagi menaikkan lagi prestasi ekonomi negara yang sedang merudum..

Nak balik dah ke???Tanggo tanggo dulu...

Keadaan dewan peperiksaan..rileks..sabar..

Hm..makan makan makan dan makan lagi...

Tuesday, December 16, 2008

Tips Lulus RAE 2008

RAE kembali lagi. Kali ini akan diadakan di :
Maltrade Hall
Level 3, Menara Maltrade
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50450 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Date/Time: 17 Dec 2008 (Wednesday) at 2.00PM

Semoga berjaya kepada semua rakan rakan. Berikut ku senaraikan 4 tips berjaya dalam exam:-
1)Duduki exam sehingga minit-minit terakhir. Selepas 1 jam pertama calon-calon dibenarkan untuk keluar meninggalkan dewan. So kalau rasa tak boleh jawab jangan terikut dengan rakan-rakan yang keluar awal. Teruskan menjawab sehingga minit-minit terakhir. Mana tahu soalan yang diulang baca mungkin akan memberikan anda ingatan kepada jawapan yang sebenar.
2)Fokus kepada soalan SOP. Setelah menjawab semua 100 soalan baca semula soalan SOP dan cuba kira berapa jawapan yang anda betul-betul konfiden betul. Jika anda kira katakan ada 30 soalan yang anda jawab dengan konfiden betul. Maka cari lagi sekurang-kurangnya 20 soalan dari bahagian teknikal yang mungkin anda jawab betul.
Kemungkinan untuk skor lebih banyak jawapan betul adalah lebih kepada soalan bahagian SOP.
3)Juga fokus kepada soalan-soalan teknikal yang lebih mudah seperti mengenalpasti simbol-simbol elektronik, diagram litar, formula seperti Ohms Law, propogation dan lain-lain.
4)Selepas yakin menjawab sekurang-kurangnya 30 soalan yang dijawab tepat di SOP disamping 20 soalan yang dijawab tepat di teknikal barulah anda boleh keluar dewan sambil berdoa supaya lulus..SELAMAT BERJAYA...

Monday, December 15, 2008

Eyeball Bukit Puchong 15-12-08

Malam tadi kami rakan-rakan lokalan puchong telah sempat bereyeball malam tadi di bukit puchong 1. Sebenarnya asalnya eyeball malam tadi kerana salah seorang rakan radio ham dari Ampang telah datang berjumpa denganku untuk mendapatkan contoh soalan RAE. Rakan ni di rujuk oleh kenalan ku di Kuala Terengganu iaitu 9W2DEB, Haji Zainuddin.
Beberapa station hadir iaitu aku ,9w2mez,9w2klg,9w2jsj,9w2ykk,9w2nur, 9w2bdz,9w2whw,swl azli,swl BTK.


Kenali Rakan Radio Ham ke 14


Ini rakan kita seterusnya. Muda lagi orangnya, masih belajar. Nama sebenar aku tak ingat. Tetapi lebih dikenali dengan Bun. Kat komersil dikenali sebagi PRBN. Callsign amatur 9W2BUN.